Wednesday, April 15, 2015

ICEBERG & DAKWAH

Wahai pemuda - pemudi yang tidak pernah kenal erti putus asa,
Wahai pemuda - pemudi yang tidak pernah kenal erti berhenti,
Wahai pemuda - pemudi yang terus maju tidak kira masa,
Wahai pemuda - pemudi yang terus berbuat sampai ke mati.

Kenapa kadang - kadang manusia ini sering kali tidak bersyukur terhadap segala nikmat yang mereka dapati. Bila dah hilang baru tahu nak menyesal. Antunna semua tahu tak yang bila kita putus asa terhadap sesuatu nikmat maka itulah sifat - sifat orang sesat, walaupun nampak sahaja diorang ni bersungguh - sungguh bila buat keje dunia, tapi bila gagal, mula lah nak bunuh diri, rasa xde tujuan dah hidup di dunia ni lagi dan lain - lain. Teori ni Allah dah terangkan dah dalam al-quran (15:52) yang dibuktikan dengan fenomena yang telah ana katakan di atas.

Nampak macam simple ndak? Tapi Allah dah statekan ITULAH ORANG YANG SESAT!! SESAT WEI!! Mksdnya x masuk syurgalah sbb sesat memanjang. Satu lagi, kadang - kadang ana x paham sangat kenapa ikhwah wa akhwat yang 'berputus asa' ni selalu memandang output secara lahiriah bebenor. Memang betul apa - apa sahaja yang kita buat x lari dari konsep OBE ni, (Outcome Based Education), (bukan Orang Banyak Excuse), tapi xkanlah kita nak memandang/menganalisa dari sudut tu je. Ada 3 aspek yang terlibat iaitu: Input -> Proses -> Outcome.

Mari sama - sama kita mengaplikasikan konsep OBE ni dengan ICEBERG ni. Kata je engineer lah, medic lah, psikologi lah, ahli farmasi lah dan bla.. bla.. bla.. bla.. tapi xtau nak aplikasikan dalam kehidupan. Senang je kita nak aplikasikan teori ni. Mari kita lihat, Input tu adalah segala Ilmu yang kita ada, manakala Proses tu macam mana cara kita berfikir utk diaplikasikan supaya di akhir nnti kita akan dapat sesuatu Output yang kita harapkan.

Akan tetapi malangnya ramai terlalu fokus terhadap Output yang diharapkan dalam kehidupannya. Di sini ana ingin spesifikkan kepada dakwah itu sendiri. Ramai Ikhwah wa Akhwat yang terlalu fokus memandang hasil yang hanya zahir pada pandangan manusia sehingga lupa yang Allah TIDAK MEMANDANG HASIL tetapi Dia MEMANDANG USAHA yang kita lakukan untukNya. Sama seperti konsep ICEBERG tadi. Walaupun akhi wa ukhti hasil yang sekarang ini kita lihat hanya sikit yang tersentuh dengan konsep Islam itu sendiri tetapi ketahuilah yang ICE di bahagian bawah itu lebih besar berbanding yang atas. Kenapa ana cakap sebegitu? Kerana tanpa kita ketahui, dalam Proses kita nak mencapai hasil yang sikit tu kita sebenarnya dapat lebih byk Input untuk dalaman diri kita sendiri seperti kita dapat merasai apa itu sabar secara praktikal, tabah, bersungguh - sungguh, rasa 'down', dan macam - macam lagi yang secara mata kasar kita tidak dapat melihat dan hanya hati yang Ikhlas baru kita akan nampak bahawa Allah hendak menunjukkan sesuatu kepada kita dalam setiap perkara yang berlaku dalam kehidupan kita.

Jadi, ana ingin akhiri artikel ana ini dengan serangkap pantun. Gunakanlah akalmu untuk memahami apa yang ana ingin sampaikan.

Membeli buku janganlah jemu,
Segala ilmu kita aplikasikan,
Wahai pemuda ikhlaskanlah hatimu,
Nescaya Allah akan memberikan kekuatan.

Wallahua'lam.

No comments:

Post a Comment

Lets Hear Your Comments