Sunday, November 22, 2015

How About The Other Shoes?

Assalamualaikum semua.. Po cita? Sihat belaka? Terlampau sihat? Terkurang sedikit? Apa - apapun alhamdulillah syukur kita kepada Allah SWT kerana masih lagi memberi peluang kepada saya untuk menulis dan kepada anda semua untuk membaca serba sedikit blog yang mempunyai banyak cacat celanya.

If there is Yes, then there is No.
If there is up, then there is down.
If there is good, then there is bad.

Hah,apakah yang dimaksudkan dengan statement di atas? Apa yang penulis cuba sampaikan adalah kita kena fikirkan setiap tindakan kita memberi impak kepada orang lain. We live in a world with the others. Jadi jangan kita selfishly memikirkan hanya urusan kita dalam dunia ini. Baik hidupkan planet lain, macam pluto ke, kan best sorang -  sorang je manusia di sana. 








Ada dalil yang Allah menegur kita supaya memikirkan orang lain dalam kehidupan kita ini. Sebagai contoh mari kita lihat dalam surah al-A'raf ayat yang ke 164 (7:164)



Dan (ingatlah) ketika segolongan di antara mereka berkata: "Mengapa kamu menasihati kaum yang Allah akan membinasakan mereka atau mengazabkan mereka dengan azab yang amat berat?" Orang-orang (yang memberi nasihat) itu menjawab: "(Nasihat itu ialah) untuk melepaskan diri dari bersalah kepada Tuhan kamu, dan supaya mereka bertaqwa". 


See? Jangan pikir kita tak akan ditimpa balasan sebab kita 'rasa' kita tak buat salah pon kalau kita jaga diri kita je. Lantaklah yang lain.

Jadi, di sini penulis mengajak kita bersama - sama sentiasa memikirkan dan ambil berat tentang agama kita dan termasuklah orang - orang yang memeluknya.

Sampai bila kita mahu lihat saudara - saudari kita yang di Malaysia ini diperbodohkan??  
Sampai bila kita mahu lihat saudara - saudari kita yang di luar sana di perlekehkan??

Please put ourselves in others shoes, and when you do that you will feel what the others will feel.

Akhir kalam, sama -  samalah kita pikirkan dan sama - samalah kita bertindak bukan hanya jadi sekadar buah fikiran.

Wallahu'alam.

Monday, September 14, 2015

Continous of DT

Assalamualaikum semua. Apa Khabaq?
Sudah lama tidak meng'update' blog ini rasanya. (memang betul pon~)
Mai sini penulis ingin berpantun terlebih dahulu sebelum kita bercerita lebih lanjut.

Berjalan - jalan menuju ke pekan,
Berhenti sebentar ternampak nyonya;
Semakin lama semakin banyak ujian,
Jangan kalah tempuhlah sebaiknya.

Sorry pantun tak power sangat. Pertama sekali bersyukur kepada Ilahi atas kurniaNya yang memberi peluang kepada penulis. DT? Ape benda tu? Adakah ini?




Ha, DT tu maksudnya Dakwah dan Tarbiyah. Kalau kita tengok graph di atas, apa yang kita faham? Ambil masa untuk menjawab persoalan di atas.

1...

2...

3...

4...

5...

Time's up...

Ye, mungkin ada yang cakap, daripada graph yang pertama boleh di pecahkan satu persatu, ada yang mungkin cakap graph tu tak ada penghujung dan lain - lain. Semua tu betul tapi apa yang penulis maksudkan ialah dalam kehidupan kita ini kalau kita telusuri satu persatu, setiap detik ini, mempunyai nilai yang diambil kira oleh malaikat yang disuruh oleh Allah S.W.T.. Kalau kita tengok lagi graph tersebut, ada kala graph tersebut menaik dan menurun, it is represent yang dalam kehidupan kita ini, kadangkala iman kita menaik dan menurun: al imanu Yazidu wa Yanqusu, yazidu bi at tho'at wa yanqus bil ma'siyat. Maksudnya: Keimanan itu bertambah dan berkurang,
Bertambah dengan ketaatan dan berkurang dengan kemaksiatan.

Begitulah hakikat dalam kehidupan, jadi janganlah kita terlalu risau bila kehidupan kita ni kadang -  kadang ada 'sweet' dan 'sour'. Tapi sama - sama kita fikirkan macam mana nak menjadi seperti graph di bawah:


Ye, menjadi graph positif exponential. Yang imannya menaik hari demi hari. Ataupun setidak - tidak nya kita cuba menyelaraskan satu level of threshold dimana kalau jatuh semangat atau iman kita tetapi tetap berada di atas garisan 'pass'.

Last but not least, jadilah orang Islam yang full time bukan half time. Seperti surah al-Baqarah 2: 208. Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam keseluruhan, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu. Ingat 'fi silmi kaffah' bererti Islam keseluruhannya.

Sekian dari penulis. One more quotes to be given: Don't Wait For The Perfect Moment, Take the Moment and Make It Perfect.
Wallahu'alam.

Wednesday, April 15, 2015

ICEBERG & DAKWAH

Wahai pemuda - pemudi yang tidak pernah kenal erti putus asa,
Wahai pemuda - pemudi yang tidak pernah kenal erti berhenti,
Wahai pemuda - pemudi yang terus maju tidak kira masa,
Wahai pemuda - pemudi yang terus berbuat sampai ke mati.

Kenapa kadang - kadang manusia ini sering kali tidak bersyukur terhadap segala nikmat yang mereka dapati. Bila dah hilang baru tahu nak menyesal. Antunna semua tahu tak yang bila kita putus asa terhadap sesuatu nikmat maka itulah sifat - sifat orang sesat, walaupun nampak sahaja diorang ni bersungguh - sungguh bila buat keje dunia, tapi bila gagal, mula lah nak bunuh diri, rasa xde tujuan dah hidup di dunia ni lagi dan lain - lain. Teori ni Allah dah terangkan dah dalam al-quran (15:52) yang dibuktikan dengan fenomena yang telah ana katakan di atas.

Nampak macam simple ndak? Tapi Allah dah statekan ITULAH ORANG YANG SESAT!! SESAT WEI!! Mksdnya x masuk syurgalah sbb sesat memanjang. Satu lagi, kadang - kadang ana x paham sangat kenapa ikhwah wa akhwat yang 'berputus asa' ni selalu memandang output secara lahiriah bebenor. Memang betul apa - apa sahaja yang kita buat x lari dari konsep OBE ni, (Outcome Based Education), (bukan Orang Banyak Excuse), tapi xkanlah kita nak memandang/menganalisa dari sudut tu je. Ada 3 aspek yang terlibat iaitu: Input -> Proses -> Outcome.

Mari sama - sama kita mengaplikasikan konsep OBE ni dengan ICEBERG ni. Kata je engineer lah, medic lah, psikologi lah, ahli farmasi lah dan bla.. bla.. bla.. bla.. tapi xtau nak aplikasikan dalam kehidupan. Senang je kita nak aplikasikan teori ni. Mari kita lihat, Input tu adalah segala Ilmu yang kita ada, manakala Proses tu macam mana cara kita berfikir utk diaplikasikan supaya di akhir nnti kita akan dapat sesuatu Output yang kita harapkan.

Akan tetapi malangnya ramai terlalu fokus terhadap Output yang diharapkan dalam kehidupannya. Di sini ana ingin spesifikkan kepada dakwah itu sendiri. Ramai Ikhwah wa Akhwat yang terlalu fokus memandang hasil yang hanya zahir pada pandangan manusia sehingga lupa yang Allah TIDAK MEMANDANG HASIL tetapi Dia MEMANDANG USAHA yang kita lakukan untukNya. Sama seperti konsep ICEBERG tadi. Walaupun akhi wa ukhti hasil yang sekarang ini kita lihat hanya sikit yang tersentuh dengan konsep Islam itu sendiri tetapi ketahuilah yang ICE di bahagian bawah itu lebih besar berbanding yang atas. Kenapa ana cakap sebegitu? Kerana tanpa kita ketahui, dalam Proses kita nak mencapai hasil yang sikit tu kita sebenarnya dapat lebih byk Input untuk dalaman diri kita sendiri seperti kita dapat merasai apa itu sabar secara praktikal, tabah, bersungguh - sungguh, rasa 'down', dan macam - macam lagi yang secara mata kasar kita tidak dapat melihat dan hanya hati yang Ikhlas baru kita akan nampak bahawa Allah hendak menunjukkan sesuatu kepada kita dalam setiap perkara yang berlaku dalam kehidupan kita.

Jadi, ana ingin akhiri artikel ana ini dengan serangkap pantun. Gunakanlah akalmu untuk memahami apa yang ana ingin sampaikan.

Membeli buku janganlah jemu,
Segala ilmu kita aplikasikan,
Wahai pemuda ikhlaskanlah hatimu,
Nescaya Allah akan memberikan kekuatan.

Wallahua'lam.

Lets Hear Your Comments