[Nasihat buat diri]
Assalamualaikum semua. Apa khabar noh? Harap semua sihat - sihat belaka. Dua hari lepas aku berborak dengan member aku.
Lama gak lah sembang – sembang. Tanya itu, tanya ini. Tapi ada satu yang
aku ingat bukan satu jelar tapi ada satu yang boleh dikaitkan dengan
cite yang aku nak post ni. Masa tu aku tergelak je sebab first time aku
dengar. Dekat U dia, dia cite kalau soalan objektif cara permakahan dia
pelik sikit. Aku mula – mula dengar apa yang peliknya objektif je kot,
tapi kat sana kalau salah jawab tolak satu markah, betul satu markah. Contohnya kalau jawab 10 betul, 10 salah, markahnya 0. Haha... Baik tak payah jawab, kosong jugak markahnya.
Tapi, kalau kat situ kita dah boleh amek iktibar, ataupun tadabbur
sikit. Kes tadi sama je dengan kehidupan kita. We are once and always
given many choices in our life, tapi bagaimana kita pilih. We must
choose, sama ada betul ataupun salah that is up to our ‘lecturer’ (God).
Kalau kita pilih jalan mudah tak nak jawab boleh je, tapi dapat 0.
Memang padan lah, sebab punca sesuatu umat tumbang bukan semata – mata
perkara buruk berlaku dalam kalangan umat, tetapi disebabkan kita
memilih tak payah buat itulah punca umat itu jatuh sama waktu Turki
Uthmaniyyah tumbang . Better kita pilih daripada tak berbuat apa – apa.
No pain no gain.
Kalau salah, betulkan jelar. Kalau tak buat mana
tau betul ke salah. Sebab itu, kalau dah pilih, pilih je biar ‘lecturer’
kita yang bagi markah. Jangan jadi pondan tak buat apa – apa. Kalau
ayat quran pon ada surah al-Balad ayat 10 [90:10]. Dua jalan sahaja.
This is my point of view, what’s yours?
UKHUWAH ISLAMIYAH
A blog for everyone to read :D
Sunday, October 9, 2016
Sunday, November 22, 2015
How About The Other Shoes?
Assalamualaikum semua.. Po cita? Sihat belaka? Terlampau sihat? Terkurang sedikit? Apa - apapun alhamdulillah syukur kita kepada Allah SWT kerana masih lagi memberi peluang kepada saya untuk menulis dan kepada anda semua untuk membaca serba sedikit blog yang mempunyai banyak cacat celanya.
If there is Yes, then there is No.
If there is up, then there is down.
If there is good, then there is bad.
Hah,apakah yang dimaksudkan dengan statement di atas? Apa yang penulis cuba sampaikan adalah kita kena fikirkan setiap tindakan kita memberi impak kepada orang lain. We live in a world with the others. Jadi jangan kita selfishly memikirkan hanya urusan kita dalam dunia ini. Baik hidupkan planet lain, macam pluto ke, kan best sorang - sorang je manusia di sana.
Ada dalil yang Allah menegur kita supaya memikirkan orang lain dalam kehidupan kita ini. Sebagai contoh mari kita lihat dalam surah al-A'raf ayat yang ke 164 (7:164)
Dan (ingatlah) ketika segolongan di antara mereka berkata: "Mengapa kamu menasihati kaum yang Allah akan membinasakan mereka atau mengazabkan mereka dengan azab yang amat berat?" Orang-orang (yang memberi nasihat) itu menjawab: "(Nasihat itu ialah) untuk melepaskan diri dari bersalah kepada Tuhan kamu, dan supaya mereka bertaqwa".
See? Jangan pikir kita tak akan ditimpa balasan sebab kita 'rasa' kita tak buat salah pon kalau kita jaga diri kita je. Lantaklah yang lain.
Jadi, di sini penulis mengajak kita bersama - sama sentiasa memikirkan dan ambil berat tentang agama kita dan termasuklah orang - orang yang memeluknya.
Sampai bila kita mahu lihat saudara - saudari kita yang di Malaysia ini diperbodohkan??
Sampai bila kita mahu lihat saudara - saudari kita yang di luar sana di perlekehkan??
Please put ourselves in others shoes, and when you do that you will feel what the others will feel.
Akhir kalam, sama - samalah kita pikirkan dan sama - samalah kita bertindak bukan hanya jadi sekadar buah fikiran.
Wallahu'alam.

Monday, September 14, 2015
Continous of DT
Assalamualaikum semua. Apa Khabaq?
Sudah lama tidak meng'update' blog ini rasanya. (memang betul pon~)
Mai sini penulis ingin berpantun terlebih dahulu sebelum kita bercerita lebih lanjut.
Berjalan - jalan menuju ke pekan,
Berhenti sebentar ternampak nyonya;
Semakin lama semakin banyak ujian,
Jangan kalah tempuhlah sebaiknya.
Sorry pantun tak power sangat. Pertama sekali bersyukur kepada Ilahi atas kurniaNya yang memberi peluang kepada penulis. DT? Ape benda tu? Adakah ini?
Ha, DT tu maksudnya Dakwah dan Tarbiyah. Kalau kita tengok graph di atas, apa yang kita faham? Ambil masa untuk menjawab persoalan di atas.
1...
2...
3...
4...
5...
Time's up...
Ye, mungkin ada yang cakap, daripada graph yang pertama boleh di pecahkan satu persatu, ada yang mungkin cakap graph tu tak ada penghujung dan lain - lain. Semua tu betul tapi apa yang penulis maksudkan ialah dalam kehidupan kita ini kalau kita telusuri satu persatu, setiap detik ini, mempunyai nilai yang diambil kira oleh malaikat yang disuruh oleh Allah S.W.T.. Kalau kita tengok lagi graph tersebut, ada kala graph tersebut menaik dan menurun, it is represent yang dalam kehidupan kita ini, kadangkala iman kita menaik dan menurun: al imanu Yazidu wa Yanqusu, yazidu bi at tho'at wa yanqus bil ma'siyat. Maksudnya: Keimanan itu bertambah dan berkurang,
Bertambah dengan ketaatan dan berkurang dengan kemaksiatan.
Begitulah hakikat dalam kehidupan, jadi janganlah kita terlalu risau bila kehidupan kita ni kadang - kadang ada 'sweet' dan 'sour'. Tapi sama - sama kita fikirkan macam mana nak menjadi seperti graph di bawah:
Ye, menjadi graph positif exponential. Yang imannya menaik hari demi hari. Ataupun setidak - tidak nya kita cuba menyelaraskan satu level of threshold dimana kalau jatuh semangat atau iman kita tetapi tetap berada di atas garisan 'pass'.
Last but not least, jadilah orang Islam yang full time bukan half time. Seperti surah al-Baqarah 2: 208. Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam keseluruhan, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu. Ingat 'fi silmi kaffah' bererti Islam keseluruhannya.
Sekian dari penulis. One more quotes to be given: Don't Wait For The Perfect Moment, Take the Moment and Make It Perfect.

Wednesday, April 15, 2015
ICEBERG & DAKWAH
Wahai pemuda - pemudi yang tidak pernah kenal erti putus asa,
Wahai pemuda - pemudi yang tidak pernah kenal erti berhenti,
Wahai pemuda - pemudi yang terus maju tidak kira masa,
Wahai pemuda - pemudi yang terus berbuat sampai ke mati.
Kenapa kadang - kadang manusia ini sering kali tidak bersyukur terhadap segala nikmat yang mereka dapati. Bila dah hilang baru tahu nak menyesal. Antunna semua tahu tak yang bila kita putus asa terhadap sesuatu nikmat maka itulah sifat - sifat orang sesat, walaupun nampak sahaja diorang ni bersungguh - sungguh bila buat keje dunia, tapi bila gagal, mula lah nak bunuh diri, rasa xde tujuan dah hidup di dunia ni lagi dan lain - lain. Teori ni Allah dah terangkan dah dalam al-quran (15:52) yang dibuktikan dengan fenomena yang telah ana katakan di atas.
Nampak macam simple ndak? Tapi Allah dah statekan ITULAH ORANG YANG SESAT!! SESAT WEI!! Mksdnya x masuk syurgalah sbb sesat memanjang. Satu lagi, kadang - kadang ana x paham sangat kenapa ikhwah wa akhwat yang 'berputus asa' ni selalu memandang output secara lahiriah bebenor. Memang betul apa - apa sahaja yang kita buat x lari dari konsep OBE ni, (Outcome Based Education), (bukan Orang Banyak Excuse), tapi xkanlah kita nak memandang/menganalisa dari sudut tu je. Ada 3 aspek yang terlibat iaitu: Input -> Proses -> Outcome.
Mari sama - sama kita mengaplikasikan konsep OBE ni dengan ICEBERG ni. Kata je engineer lah, medic lah, psikologi lah, ahli farmasi lah dan bla.. bla.. bla.. bla.. tapi xtau nak aplikasikan dalam kehidupan. Senang je kita nak aplikasikan teori ni. Mari kita lihat, Input tu adalah segala Ilmu yang kita ada, manakala Proses tu macam mana cara kita berfikir utk diaplikasikan supaya di akhir nnti kita akan dapat sesuatu Output yang kita harapkan.
Akan tetapi malangnya ramai terlalu fokus terhadap Output yang diharapkan dalam kehidupannya. Di sini ana ingin spesifikkan kepada dakwah itu sendiri. Ramai Ikhwah wa Akhwat yang terlalu fokus memandang hasil yang hanya zahir pada pandangan manusia sehingga lupa yang Allah TIDAK MEMANDANG HASIL tetapi Dia MEMANDANG USAHA yang kita lakukan untukNya. Sama seperti konsep ICEBERG tadi. Walaupun akhi wa ukhti hasil yang sekarang ini kita lihat hanya sikit yang tersentuh dengan konsep Islam itu sendiri tetapi ketahuilah yang ICE di bahagian bawah itu lebih besar berbanding yang atas. Kenapa ana cakap sebegitu? Kerana tanpa kita ketahui, dalam Proses kita nak mencapai hasil yang sikit tu kita sebenarnya dapat lebih byk Input untuk dalaman diri kita sendiri seperti kita dapat merasai apa itu sabar secara praktikal, tabah, bersungguh - sungguh, rasa 'down', dan macam - macam lagi yang secara mata kasar kita tidak dapat melihat dan hanya hati yang Ikhlas baru kita akan nampak bahawa Allah hendak menunjukkan sesuatu kepada kita dalam setiap perkara yang berlaku dalam kehidupan kita.
Jadi, ana ingin akhiri artikel ana ini dengan serangkap pantun. Gunakanlah akalmu untuk memahami apa yang ana ingin sampaikan.
Membeli buku janganlah jemu,
Segala ilmu kita aplikasikan,
Wahai pemuda ikhlaskanlah hatimu,
Nescaya Allah akan memberikan kekuatan.
Wallahua'lam.

Tuesday, April 22, 2014
Tarbiyah bukan KPI Untuk Kemuliaan
'Ana nak tanya antum. Apa hebatnya kita ini berbanding orang-orang yang tidak duduk di dalam halaqah ini?', bibir tua itu mengukir senyum. Tersirat.
'Ada sesiapa yang boleh jawab?'
Lalu seorang anak muda bangkit mahu menjawab. 'Ustaz. Pada pandangan ana, kita berbeza kerana kita ditarbiyyah'.
'Lalu, apa yang enta maksudkan dengan tarbiyyah itu?'
Terdiam sebentar anak muda itu. 'Ustaz, bagi ana, ana merasakan tarbiyyah itu seperti satu tembok yang memisahkan diri ana dengan orang-orang yang sedang sibuk bergelumang dengan duniawi'.
Semakin lebar senyum si guru tua itu. 'Jazakallah. Bagaimana dengan orang lain?'
'Ana, ustaz'. Seorang pemuda yang lain menggangkat tangan. 'Ana mahu beri pandangan. Ana rasa, kita mulia kerana kita melaksanakan dakwah kerana dakwah inilah jalan hidup para rasul dan orang-orang beriman'. Penuh semangat bicaranya. Semua mata yang berada di bilik kecil itu memandangnya dan mengangguk-angguk tanda setuju dengan bicara anak muda berkopiah coklat itu.
Guru tua itu menarik nafas, mahu menyambung bicara. Riak wajahnya masih tenang seperti tadi.
'Anak-anak ku. Apa mulianya kita ini? Antum kata kita ditarbiyyah. Antum kata kita berdakwah. Adakah ini kemuliaan yang sebanar?'
'Mengapa ustaz? Salahkah?', potong seorang pemuda.
'Yalah ustaz. Bukankah Rasulallah juga ditarbiyyah? Dan bukankah Rasulallah juga berdakwah?', lelaki yang lain pula menambah.
Guru tua itu senyum sahaja. Matanya memandang wajah bersih anak-anak muda yang berada di sekelilingnya.
'Anak-anakku. Tidak dinafikan, Rasulallah juga berdakwah dan Rasulallah juga ditarbiyyah. Tarbiyyah yang direct datang daripada Allah melalui perantaraan Jibril a.s . Rasulallah juga berdakwah, tanpa penat, jemu, lelah, dan putus asa'.
Keadaan sepi sebentar.
'Namun anak-anakku, adakah dakwah dan tarbiyyah yang kita lalui ini menjanjikan kemuliaan bagi kita disisi Allah? Tidak. Tidak. Lupakah antum akan apa yang Allah kata tentang kemuliaan? Allah sebut dalam surah al-Hujurat, bahawa sungguh! kemuliaan itu hanyalah bagi orang yang bertaqwa'.
Pemuda-pemuda di sekelilingnya mengaguk-angguk tanda faham. Antara mereka, ada yang mencatat sesuatu.
'Taqwa. Satu perkataan tapi ianya sangat besar maksudnya. Di dalam taqwa lah, wujud dakwah dan wujud juga tarbiyyah'
'Tadi, saudara kita ada berkata bahawa kita mulia kerana tarbiyyah dan dakwah. Ana terkejut juga sebenarnya. Apa kita layak mengatakan diri kita, satu produk tarbiyyah sedang kita hanya menjadi taqwa di dalam halaqah ini? Dan apa kita merasa kita layak mendapat kemuliaan dan taqwa sedang kita hanya berdakwah, dalam halaqah ini?'
Anak-anak muda itu senyap. Mereka ternanti-nanti bicara seterusnya dari guru yang sangat mereka kagumi itu.
'Anak-anakku. Apa itu taqwa sebenarnya? Taqwa itu ialah kehidupan kita, bukannya lakonan kita. Taqwa bukan sesuatu yang boleh dibuat-buat kerana kewujudannya sangat seni dan halus'.
'Ana memetik kata-kata Imam Ghazali tentang akhlak. Akhlak ialah apa yang keluar dari dalam diri kita secara automatik, tanpa perlu kita fikir. Tahukah antum semua, akhlak ini adalah lambang dan bukti wujudnya taqwa?'
Mereka menggangguk.
'Dan, islam juga bukan satu sandiwara. Ia juga bukan satu aktiviti. Ia adalah cara hidup. Apa yang berlaku sekarang, ana lihat dalam banyak keadaan kita berasa diri kita ini mulia kerana kita join usrah, tabligh atau mana-mana jemaah sedangkan dalam masa yang sama, ketaqwaan kita tidak ditonjolkan'.
'Antum faham tak maksud ana?'
"Kurang faham...", hampir serentak anak-anak muda itu menjawab.
'Beginilah. Antum perlu faham bahawa taqwa itu ialah apa yang perlu ada dalam diri kita setiap saat, bukannya hanya ketika dalam halaqah atau semasa berdakwah. Tidak! Sebaliknya taqwa wajib wujud dalam diri antum setiap saat, setiap masa'.
'Antum tahu apa tuntutan taqwa?'
'Senang nak faham, taqwa memerlukan kepada penghayatan. Dan siapakah qudwah atau model insan bertaqwa? Semestinya Rasulallah. Antum lihat sirah. Lihat bagaimana Rasulallah berdakwah. Dakwahnya bermacam-macam cara. Dari sekeras-keras mata pedang, hinggalah kepada selembut-lembut roti yang disuap ke mulut wanita tua dan buta yang mencaci Baginda, dakwah tetap bergerak'.
'Ustaz, boleh cerita tentang wanita Yahudi itu? Ana kurang faham'.
'Wanita Yahudi itu sangat tua dan buta. Tapi, tersangat kuat kebenciannya kepada Rasulallah. Setiap hari, Rasulallah akan datang kepadanya untuk memberinya makan. Setiap kali itulah, wanita itu akan mengata Baginda kerana dia tidak tahu bahawa yang memberinya makan itu ialah Baginda. Baginda s.a.w sendiri menghancurkan roti di mulutnya sebelum disuap ke mulut wanita itu kerana mahu memudahkan wanita itu makan'.
'Rasulallah datang dan melaksanakan perkara yang sama hari-hari. Memberi makan, dan menerima cacian. Tiap kali itu jugalah, Baginda akan tersenyum dan diam. Amalan Baginda berterusan hingga Baginda wafat. Lalu, Saidina Abu Bakar menggantikan Rasulallah memberi makan kepada wanita itu. Tapi malang, wanita itu tahu bahawa yang memberinya makan bukan orang yang sama, tapi orang yang lain kerana layanannya tidak selembut layanan Rasulallah. Lalu, wanita itu bertanya dimana manusia yang sangat baik yang memberinya makan sebelum ini. Lalu dijawab dalam tangis rindu Saidina Abu Bakar bahawa lelaki itu ialah Rasulallah. Wanita itu masuk islam akhirnya'.
Subhanallah.
'Anak-anakku, untuk kita menegakkan islam, kita harus terlebih dahulu meleburkan takbur kita. Kita merasa kita hebat kerana kita berilmu. Tidak dinafikan, memang kita alim, banyak ilmu. Tapi apa gunanya alim kita jika diselit takabbur?'
Semua orang tunduk. Bermuhasabah diri.
'Ana berpesan sungguh-sungguh kepada diri ana, jua kepada antum semua. Jangan kita merasa diri kita hebat hingga dengan mudah, kita label orang itu sebagai 'tertutup hati' dan seumpanya. Seperkara lagi, taqwa itu bukan hanya mesti dilahirkan semasa kita liqo' dan duduk dalam halaqah, sebaliknya ia harus dizahirkan dalam setiap inci perbuatan kita'.
'Ketahuilah juga bahawa bukan amal soleh kita yang memasukkan kita kedalam syurga, sebaliknya yang memasukkan kita kedalam syurga ialah keampunan dan rahmat Allah. Amal soleh hanyalah kerana perintah Allah. Maka,jangan sesekali kita berasa amal kita ini hebat. Belum tentu'.
'Belum tentu orang yang ditarbiyyah dan berdakwah ini baik. Tapi orang yang baik, tentu akan ditarbiyyah dan berdakwah. Inilah sebenarnya yang sedang kita cuba lakukan. Moga-moga Allah terima usaha kerdil kita ini'.
Guru tua itu menghabiskan bicaranya. Kelihatan, anak-anak muda disekelilingnya seperti sedang kesedihan, mungkin kerana 'terkesan'. Maka, guru tua itu membacakan firman Allah dalam surah Al-Qasas ayat 77 (28:77): "Dan carilah pahala akhirat dengan apa-apa yang telah Allah kurniakan kepadamu..."
***
Semoga kita semua
faham, bahawa agama itu bukannya sesuatu yang sifatnya 'sekejap
ada-sekejap tiada'. Agama juga bukan sesuatu yang harus dipakai dalam
situasi-situasi tertentu sahaja. Dan agama juga sesuatu yang boleh
dijual-jual untuk mendapatkan kemahsyuran atau sanjungan.Sebaliknya agama ialah pakain. Maka, tutuplah keaiban diri kita dengan menjadi orang beragama.
Ingat, kita bukan Tuhan yang boleh menghukum orang yang tidak mahu tarbiyyah dan tak mahu menerima dakwah. Sebaliknya, kita lihat diri kita. Sejauh mana tarbiyyah itu berjaya membentuk kita menjadi hamba.
Sesungguhnya, kita hanyalah makhluk yang asalnya setitis mani...hina..dan akan terus hina tanpa redha-Nya.
Artikel ini untuk diri saya. Agar saya mampu bermuhasabah diri.
Astaghfirullah...
Astaghfirullah...
Astaghfirullah...
Monday, March 24, 2014
MASA YANG TELAH BERLALU
Sedang masa berlalu, ak mula terjebak di jalan Tarbiyah... Di mana jalan yg dibentangkan utk org2 yg ingin berubah menjadi lebih baik... Akan tetapi 'dibentangkan' itu bukan dgn karpet merah, bkn dgn karpet yg empuk, bukannya dgn jalan yg bersih dihiasi dgn bunga2 yg harum yg sedap mata memandang dan sedap hidung membaunya... Jalan ini makin didalami makin susah utk dilalui, makin susah ditempuhi makin susah dijalani... Pada mulanya bersemangat, namun rupanya susah benar utk Tsabat... Ada kala terasa manis, ada kalanya terasa pahit... Namun begitu itulah jalan yg telah ditunjukkan oleh qudwah hasanah kita iaitu Rasulullah s.a.w.... Baginda ditimpa ujian lebih besar (2:214) berbanding ak ni yg sudah merasa tewas dgn perasaan, dgn hawa nafsu, dgn ujian syaitan yg 'berbentuk' manusia... Klau ingin diukapkan dgn bahasa yg lebih indah sedikit, ibarat langit dgn bumi perbezaan ujian Rasulullah dan para sahabat serta org2 yg beriman terdahulu... Ya Allah dgrlah rintihan hambaMu yg lemah ini, yg penuh dgn kekhilafan, yg byk bergelumang dgn kemaksiatan, yg x akan pernah sempurna bahkan byk lagi kekurangan berbanding kelebihan:
Ya Allah,
Mengapa ak sering mengulangi maksiat yg lalu?
Walupun seringkali berikrar utk tidak mengulanginya,
Katanya ingin berubah menjadi Dai'e yg mengingatkan,
Namun byk perkara yg masih kekurangan,
Semangat ini kdgkala lebih byk menurun berbanding menaik,
Ya Allah,
Apakah niatku ketika ingin berubah?
Aku sendiri tidak mengetahui apa sebabnya,
Hanya engkau yg mengetahui ikhlasnya niatku ini,
Yang setiap kali berubah apabila dtg unsur dari luar,
Yang telah lama bersumpah utk menyesatkanku (7:16),
Yang seringkali menganalisa setiap kelemahanku (7:17),
Ya Allah,
Akhir kata,
Aku berharap agar Engkau tidak membolak-balikkan hatiku,
Tetapkanlah sentiasa Tsabat dijalanMu ini,
Agar Engkau sentiasa berada dalam hatiku...

PROCRASTINATION IS A SILENT KILLERWahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (agama) Allah nescaya Allah membela kamu(untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu.(47:7)
Subscribe to:
Posts (Atom)